Kenapa Takaful Perlu Ada

 

Saya Tak Tahu Dulu. Tapi Hari Ini, Saya Mahu Semua Orang Tahu.

“Kalau aku pergi esok…
Apa akan jadi pada orang yang aku tinggalkan?”

Soalan kecil, tapi berat.

Sebab bila hidup berubah dalam sekelip mata…
Adakah kita, atau mereka yang kita sayang, bersedia?


Kita pernah dengar. Pernah nampak.

Orang yang sihat, tiba-tiba jatuh sakit.
Orang yang ceria, tiba-tiba pergi.

Mereka ni…
Mungkin kawan kita.
Mungkin saudara.
Mungkin adik-beradik.

Ada yang jadi tulang belakang keluarga,
Tapi tak sempat buat persediaan.
Tinggal isteri. Tinggal anak-anak kecil. Tinggal hutang.

Dan keluarga mereka?

Terpaksa mula dari kosong.
Terpaksa kuat… walaupun masih sedih.


Di situlah saya mula faham nilai sebenar takaful.

Bukan tentang duit semata.
Tapi tentang maruah.
Tentang tanggungjawab.
Tentang meninggalkan sesuatu, walaupun kita dah tiada.

Bukan semua orang mampu sediakan rumah besar atau simpanan enam angka.
Tapi semua orang mampu tinggalkan sedikit ketenangan, kalau tahu caranya.


Masalahnya?
Ramai tak tahu.
Atau mungkin pernah dengar… tapi tak betul-betul faham.

Takaful bukan untuk orang kaya.
Takaful untuk orang biasa,
Yang cintakan keluarga luar biasa.


Takaful bukan “kalau mati, dapat duit.”

Takaful ialah:

  • Bila musibah datang, keluarga tak jatuh sekali.
  • Bila kita sakit, ada perlindungan.
  • Bila kita tak mampu bekerja, ada bantuan.
  • Dan bila kita pergi… ada sesuatu yang kita tinggalkan.

Sebab bila kita dah tak ada, hidup mereka tetap perlu diteruskan.

Anak-anak masih perlu ke sekolah.
Motor, kereta, rumah perlu dibayar.
Makan minum masih perlu dicari.


Dengan takaful, kita tak boleh elak ujian hidup. Tapi kita boleh kurangkan beban orang yang kita sayang.

Hari ini, saya berkongsi ilmu.
Saya bantu orang ramai buat keputusan 
Bukan berdasarkan produk, tapi berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka.

Ia bukan sekadar teori.
Saya membantu anda merancang.
Kerana akhirnya, semua ini tentang satu perkara:

Keluarga.

Saya percaya, bila kita jaga mereka hari ini 
Satu hari nanti, mereka akan jaga kita kembali.

Jaga family.
Family jaga kita.


📌 Apa Saya Boleh Bantu?

Takaful Nyawa & Hibah
Wariskan cinta dan tanggungjawab > bukan beban hutang.

Kad Perubatan
Biar sakit ditanggung doktor, bukan kewangan keluarga.

Simpanan & Pendidikan Anak
Rancang masa depan mereka, walaupun kita tak sempat tengok.

Takaful Am (Kereta, Rumah, Harta, Perjalanan)
Lindungi harta yang bantu kita cari rezeki.


📞 Saya menyediakan sesi konsultasi percuma melalui telefon, conference call atau secara bersemuka. 




Catat Ulasan

0 Ulasan